Wednesday, 27 June 2012

ALUMRA dan HALIM MAK TEH LIMAH Kepala Batas

     Niat di hati tidak mahu pergi mesyuarat Agung Ulung itu. Kerana sudah lama rasa lesu hendak membantu pergiatkan aktiviti ALUMRA (Alumni Sekolah Menengah Jitra) ini kerana beberapa isu yang nampak macam mudah tetapi sebenarnya sukar di atasi. Bagaimanapun rasa tidak elok pulak melupuskan diri dengan cara begitu. Biar lah gentleman sikit. Maka atas asas itu saya paksakan diri menghiliri lebuhraya lebuhraya ibukota KL ini yang sememangnya  tidak saya gemari kerana sentiasa berdepan masalah kesesakan trarik tahap 14.
     Sebahagian agenda mesyuarat ialah memperkenalkan diri kepada sekelian ahli. Elok jugak kerana ada sebahagian kami memang pertama kali bertemu. Lagipun dengan cara itu ianya dapat memberi gambaran untuk kita mencalunkan sesiapa yang sesuai untuk mengambil aleh teraju. Selebihnya ia mungkin dapat menjalin rangkaian sosial dan niaga yang berbaloi untuk warga alumni sendiri.
     Giliran saya pun tiba. Seseorang telah berminat mendengar stori saya. Dan banyak pulak dia bertanya. Peliknya, soalan soalan yang memaksa saya menjawab lebih personal dan spesifik. Akhir sekali dia ketawa berdekah dekah. Kebetulan memang dia ni pun kaki lawak juga dalam grup alumni dari kumpulan lebih senior dari saya atau pun grup piooner. 
       " Hang ni bukan oghang lain dengan aku. Kat pak hang aku panggay Pak Ngah. Tok nenek kita dua beradik. Hang ni dua pupu aku. Rumah hang tang pokok asam tu selalu aku pi masa kecik kecik dulu" 
     Rupa rupa nya seluas luas KL ni berjumpa juga saudara mara yang terpisah sejak 40 tahun dulu. Mungkin penyebabnya perhimpunan alumni sekolah yang telah ditakdirkan Allah. 
       Tiga hari kemudian dia telefon saya. Bertanya kabar tentang Abang Us Ngah Mah Tok Ndak Yah. Semua keluarga di Telok Gelam disebutnya satu persatu. Malah dia masih mengingati peristiwa anak Pak Ngah Saman  di patuk ular kapak. Bila saya beritahu bahawa yang kena patuk itu lah saya, lagi lah dia ketawa berdekah dekah. Tak sangka..ha ha ha..dia masih ingat dengan jelas..
      Nama dia Halim. Anak Mak Teh Limah yang duduk tepi sungai Kepala Batas. Ikut pangkat saya kena panggil abang terhadapnya. Lagi pun dia lebih senior. Abang Halim tersangkut sebelah tuk saya dari sebelah bapa kalau saya tidak silap. Kebanyakan mereka tinggal di tepi sungai Kepala Batas. Kebetulan juga saya sedang mengesan saudara mara untuk melengkapkan salasilah keluarga yang selalu bapa cerita dulu. Tentu penemuan Abang Halim ini sangat membantu dari susur galur keluarga bapak di tepi sungai itu.

Thursday, 9 June 2011

MAKNA SEBUAH KENDURI

Foto foto di ambil dari album adik bongsu saya - Jai.

Sabtu 4hb Jun 2011..satu hari dari hari hari dalam musim cuti sekolah. Hari penuh bermakna ini berlansungnya majlis kenduri kahwin anak saudara saya Munirah yang nama manjanya Munick di kalangan kawan kawannya. Tetapi saya memanggilnya Kakak kerana dia anak perempuan pertama dari empat adik beradik - anak anak abang saya Abdullah.
Kakak mendapat jodoh dengan seorang jejaka tampan berasal dari Binjul, Baling. Majlis perkahwinan mereka direncana dan dilaksanakan secara gotong royong oleh abang dan kakak ipar saya di kediaman mereka di Kampung Padang Cempedak, Tasik Gelugor , Seberang Prai.
Hari bersejarah ini sungguh bermakna. Bukan saja kepada kedua mempelai tetapi semua sanak saudara yang terlibat. Pada hari seperti inilah masanya semua sanak saudara akan berhimpun. Dari Changlun, Sedim, Yan, Jitra - semua nya datang meraikan bersama.
Apa yang paling berkesan pada majlis kali ini ialah pertemuan dengan sepupu saya anak arwah Pak Anjang Ibrahim iaitu Che Nat yang tidak pernah saya temui sejak 35 tahun lalu. Seperti arwah bapanya, Che Nat sangat emosional. Berlinang airmatanya ketika melepaskan pelukannya yang sangat erat dan lama. Arwah Pak Anjang Ibrahim pun demikian lakunya setiap kali saya menziarahnya dulu.
Majlis berjalan lancar bebas ancaman cuaca dan makanan lebih dari mencukupi. Itu yang paling penting. Sebab itu abang dan kakak ipar saya memperuntukan dua ekor lembu sebagai lauk sehingga boleh dibekalkan pulang kepada semua jiran dan sanak saudara.
Saya cuma terkilan sikit dengan sikap pengantin kini. Mereka lebih utamakan sesi fotografi luar seperti di taman, sawah atau tepi sungai sebaik lepas makan. Tiada masa atau agenda beramah mesra dan berkenalan dengan sanak saudara yang datang dari jauh dan dekat seprti dulu dulu. Sekilas pandang mereka seolah mengenepikan saudara mara dan tidak menghormati ibubapa dan orang tua tua. Saya bersuara ini kerana mereka adalah anak saudara saya dan juga kerana simpati dengan kedua abang dan kaka ipar saya yang kecewa dengan senario ini. Saya sangat berharap agar ianya tidak berulang lagi. Moga anak anak menakan lain mengambil iktibar kerana apapun situasi , keluarga adalah di barisan hadapan.
Apa pun saya mengucapkan tahniah kepada Kakak dan suami. Beersedialah untuk berubah ke alam kehidupan berumahtangga. Kehidupan akan mula berubah selepas ini. Semoga Allah memberkati dan ingat pesan Pak Lang..jangan belakang kan kedua ibubapa..restu mereka perlu untuk mendapat keberkatan Allah azza wajalla dalam hidup berumahtangga.

Saturday, 19 February 2011

ABANG AHMAD DALAM KENANGAN

Arwah Abang Mad - berkopiah putih dan berbaju biru ketika menziarah keluarga abang Bedin.

Jam empat petang Ahad 13 Februari 2011.
Penyakit gout serang lagi. Saya baru keluar klinik mengambil ubat tahan sakit. Handphone berbunyi. Dari Yati, anak sedara saya yang duduk di Kuala Lumpur.
Suara nya sebak dan ada nada tangis. Innalillah..berita sedih. Ayahnya iaitu abang ipar saya telah kembali ke rahmatullah. Jenazah sedang dimuatkan kedalam kenderaan di Hospital Serdang untuk di bawa balik ke kampungnya di Yan , Kedah dan akan di kebumikan malam itu juga.
Arwah abang Mad seorang yang pendiam, lemah lembut dan penyayang. Tidak pernah saya nampak arwah marah. Sukar membayangkan wajahnya ketika marah. Arwah menghidap bebrapa penyakit kronik sejak beberapa lama dan dalam rawatan di Hospital Putrajya. Dia kerap berulang alik antara Yan dengan Putrajaya kerana urusan tersebut.
Arwah meninggalkan enam orang puteri dan beberapa orang cucu. Anak anaknya tinggal di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang.
Kepada kak Yam dan anak anak sedara saya - Ani, Norsiah, Norma, Yati, Yang dan Kecik mudah mudahan semuanya tabah dengan ketentuan Ilahi ini. Tiap yang hidup pasti akan merasai mati. Mudah mudahan juga Allah menerima roh abang ipar saya ini dikalangan orang orang yang diredhaiNya dengan penul kasihsayang dan limpahan rahmat yang tiada terbatas.

Thursday, 22 July 2010

HIDANGAN DARI KAMPUNG


Tidak semena mena anak menakan saya, Nani talipon dari Kedah. Katanya mereka hendak datang menziarah kami di Salak Tinggi. Nak bawak kakak saya sekali. Alhamdulillah. Ada jugak anak menakan sanggup nak ziarah pak menakan mereka dalam jarak beratus kilometer di zaman dimana tradisi ini semakin sepi. Kami sekeluarga amat gembira.

Nani dan suami buleh kata pengantin masih baru. Elok lah, bawak pasangan berkenal kenal dengan pak dan mak menakan - waris paling dekat dan kuat. Bertuah kalau ada anak menakan macam ini.

Seperti kebiasaan orang dari kampung, bila bertandang kerumah sedara mereka akan membawa buah tangan. Kakak saya pun demikian. Macam macam benda mereka galas tetapi yang paling saya suka ialah sebeban pucuk cemamag merah dengan pucuk peria pantai. Pokok ulam ini jenuh di sebelah utara. Rupa-rupanya cemamag ni ada dua jeneh. Satu yang biasa saya makan. Warnanya hijau muda dan rasanya lebih pedar dan berangin. Tetapi cemamag merah kurang berangin dan lebih lemak.

Terima kasih Nani. Bawak mak mai lagi dan kendong pucuk cemamag merah dengan peria pantai manyak-manyak. Kalau buleh sughuh abang tu semai benih bawak mai kat Pak Lang..

Wednesday, 5 May 2010

Grup foto di rumah Adik Timah

Dalam perjalanan balik Jitra, rumah Adik Timah di Taman Lobak, Kulim menjadi antara tempat singgah dan berhimpun adik beradik selain rumah abang Dolah di Tasik Gelugor, Adik Jai di Sg. Kob dan Adik Ani di Padang Serai.

KELUARGA ADIK TIMAH

Adik Timah - adik perempuan tertua berkahwin dengan dengan orang Titi Serong, Perak dan mereka mempunyai dua anak lelaki - Akit dan Alif. Mereka menetap di Taman Lobak, Kulim Kedah.

Wednesday, 7 April 2010

AHLI KELUARGA

Semua ahli keluarga berhimpun ketika majlis kahwin adik Nasir dan Azura pada tahun 1991.