Saturday, 19 February 2011

ABANG AHMAD DALAM KENANGAN

Arwah Abang Mad - berkopiah putih dan berbaju biru ketika menziarah keluarga abang Bedin.

Jam empat petang Ahad 13 Februari 2011.
Penyakit gout serang lagi. Saya baru keluar klinik mengambil ubat tahan sakit. Handphone berbunyi. Dari Yati, anak sedara saya yang duduk di Kuala Lumpur.
Suara nya sebak dan ada nada tangis. Innalillah..berita sedih. Ayahnya iaitu abang ipar saya telah kembali ke rahmatullah. Jenazah sedang dimuatkan kedalam kenderaan di Hospital Serdang untuk di bawa balik ke kampungnya di Yan , Kedah dan akan di kebumikan malam itu juga.
Arwah abang Mad seorang yang pendiam, lemah lembut dan penyayang. Tidak pernah saya nampak arwah marah. Sukar membayangkan wajahnya ketika marah. Arwah menghidap bebrapa penyakit kronik sejak beberapa lama dan dalam rawatan di Hospital Putrajya. Dia kerap berulang alik antara Yan dengan Putrajaya kerana urusan tersebut.
Arwah meninggalkan enam orang puteri dan beberapa orang cucu. Anak anaknya tinggal di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang.
Kepada kak Yam dan anak anak sedara saya - Ani, Norsiah, Norma, Yati, Yang dan Kecik mudah mudahan semuanya tabah dengan ketentuan Ilahi ini. Tiap yang hidup pasti akan merasai mati. Mudah mudahan juga Allah menerima roh abang ipar saya ini dikalangan orang orang yang diredhaiNya dengan penul kasihsayang dan limpahan rahmat yang tiada terbatas.

1 comment: