Wednesday, 7 April 2010

AHLI KELUARGA

Semua ahli keluarga berhimpun ketika majlis kahwin adik Nasir dan Azura pada tahun 1991.

Tuesday, 19 January 2010

Keluarga Abang Bedin dan Kakak Yam


Gambar diambil di rumah Abang Bedin di Kg. Lanterum, Changlun, Kedah pada suatu hari raya idulfitri. Mereka terdiri dari keluarga abang Bedin dan keluarga kakak Maryam iaitu sepasang anak bapa dengan isteri pertama nya, Mak Tom. Kakak Yam tinggal di Kg. Pauh, Yan, Kedah.
Abang Bedin mempunyai 5 anak, 4 perempuan seorang lelaki. Kakak Yam mempunyai 7 anak, semuanya perempuan. Bapa juga ada seorang anak tiri bernama Kak Meliah yang kali terakhir saya ziarah mereka di Langkawi. Sekarang dengar kabar sudah pindah ke Kuala Nerang. Seorang anak Kak Meliah pernah saya jejaki bernama Ani Ahmad atau nama kampungnya Din, seorang pesara pereka set TV Malaysia yang kini dipercayai menetapi di PJ.

Saturday, 10 October 2009

Ziarah oleh Pak wan dan Siput

Khamis 08.10.09 dapat call dari Siput. Siput ialah nama manja kepada Sabihah, anak saudara sepupu saya iaitu anak nombor tiga kepada Kak Chik Yam dengan Bang Chik Arop. Siput dengan suaminya Pak Wan ada di Shopping Complex Warta Bangi. Depa mai ziarah anak yang sedang menuntut di KUIS dekat Bukit Mahkota. Siput ni juga sepupu Osma Harun.
Siput pesara awal jururawat. Pak Wan pulak pesara Jabatan Haiwan. Semasa mereka tinggal di Kluang, saya pernah ziarah mereka untuk menjejak kembali sanak saudara.
Kini mereka menetap di Chemor. Seorang daripada anak mereka menetap di Shah Alam.
Saya terus ajak depa mai rumah di Salak Tinggi. Kebetulan masa tu saya ada sekitar Bangi dan terus menjemput mereka.
Terima kasih kerana sudi jenguk kami di Salak. Walaupun depa lebih senior, tapi depa panggil Pak Lang kat saya kerana kebiasaan orang Kedah depa akan ikut pangkat berbanding umur.
Sabihah sekeluarga boleh dihubungi di :-
48, Jalan Putra 5C,
Taman Klebang Putra
Chemor
Perak.

Monday, 14 September 2009

KELUARGA ADIK NASIR

Satu-satunya adik lelaki saya, Md Nasir ketika menziarah saya di Salak Tinggi bersama keluarga dan mertuanya. Adik Nasir dan isteri adalah guru di Air Itam, Kedah. Adik Nasir pernah tingggal di Felda Selancar , Pahang semasa baru bertugas sebagai guru. Pada masa itu arwah emak dan bapa saya masih sihat dan bila mereka datang kerumah saya di Bangi, saya akan membawa mereka ke Selancar.
Masa itu sudah lama berlalu tetapi masih dan tetap hangat dalam ingatan.


KELUARGA ABANG DOLAH


Anak saya Umar, bergambar bersama keluarga Pak Long nya semasa majlis pentauliahan PELAPES abang sepupunya, Fazli di UKM Bangi.
Abang saya ini, Abdullah yang sulung seibu sebapa manakala abang kedua jika dikira termasuk keluarga isteri pertama arwah ayah. Mereka tinggal di Padang Cempedak, Tasik Gelugor, Seberang Prai, iaitu kampung asal keluarga sebelah bonda saya.

Tuesday, 28 July 2009

Kenduri Kak Diah


Kesempatan berimpun hanya terbuka dalam masjlis seperti ini. Peluang tidak dilepaskan dan gambar diabadikan sebagai kenangan dan data sejarah keluarga. Majlis ini perkahwinan anak kakak saya di Kampung Belukar, Tanjung Pauh, tidak jauh dari Bandar Darulaman Kedah.

Monday, 15 June 2009

Keluarga Pak Teh Md Dan


Pak penakan saya, Pak Teh Dan adalah adik emak yang kini menetap di Asun, Kedah. Pak Teh mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan dengan dua orang isteri. Dengan Mak Teh pertama sepupu saya ialah Rahmad dan Hashimah. Dengan Mak Teh dua sepupu saya ialah Murni, Noraliza dan Solehah.
Foto keluarga Pak Teh di rakam di Asun pada raya 2007.