Saturday 30 May 2009

POTRET AYAHANDA


Allahyarham Md Saman bin Din bin Mulim bin Ibrahim bin Awang bin Nayan. Kembali ke Rahmatullah pada Februari 2007 pada usia 106 tahun. Foto dirakam pada raya 2006.
Beliau mempunyai dua orang abang dan seorang adik. Abang-abang beliau ialah Dolah (seorang pegawai perhutanan - meninggal muda semasa zaman British , mempunyai dua anak iaitu kakak sepupu saya Kak Chag(Fatimah) dan Kak Chik ( Mariam) . Abang keduanya Dahaman, seorang guru agama pondok di kampung Bechik, Kok Pho, Pattani, Selatan Thailand yang mempunyai ramai zuriatnya disana. Adik tunggalnya Arshad meninggal dunia dalam tahun 1975 mempunyai dua anak lelaki iaitu adik sepupu saya Dek Kag( Abu Bakar) dan Dek Umar ( Umar).
Kak Chag yang menetap di Anak Bukit telah meninggal dunia di Wang Tepus. Kak Chik masih sihat dan tinggal dengan anak-anaknya, paling akhir saya ziarah di Bandar Darulaman, Jitra dirumah anak Piah.
Dek Kag, bekas tentera, meninggal dalam tahun 2008 di kampung isterinya Segamat Johor. Dek Umar kini menetap di Sg. Patani Kedah setelah besara dari guru.

No comments:

Post a Comment