Tuesday 19 January 2010

Keluarga Abang Bedin dan Kakak Yam


Gambar diambil di rumah Abang Bedin di Kg. Lanterum, Changlun, Kedah pada suatu hari raya idulfitri. Mereka terdiri dari keluarga abang Bedin dan keluarga kakak Maryam iaitu sepasang anak bapa dengan isteri pertama nya, Mak Tom. Kakak Yam tinggal di Kg. Pauh, Yan, Kedah.
Abang Bedin mempunyai 5 anak, 4 perempuan seorang lelaki. Kakak Yam mempunyai 7 anak, semuanya perempuan. Bapa juga ada seorang anak tiri bernama Kak Meliah yang kali terakhir saya ziarah mereka di Langkawi. Sekarang dengar kabar sudah pindah ke Kuala Nerang. Seorang anak Kak Meliah pernah saya jejaki bernama Ani Ahmad atau nama kampungnya Din, seorang pesara pereka set TV Malaysia yang kini dipercayai menetapi di PJ.