Saturday 10 October 2009

Ziarah oleh Pak wan dan Siput

Khamis 08.10.09 dapat call dari Siput. Siput ialah nama manja kepada Sabihah, anak saudara sepupu saya iaitu anak nombor tiga kepada Kak Chik Yam dengan Bang Chik Arop. Siput dengan suaminya Pak Wan ada di Shopping Complex Warta Bangi. Depa mai ziarah anak yang sedang menuntut di KUIS dekat Bukit Mahkota. Siput ni juga sepupu Osma Harun.
Siput pesara awal jururawat. Pak Wan pulak pesara Jabatan Haiwan. Semasa mereka tinggal di Kluang, saya pernah ziarah mereka untuk menjejak kembali sanak saudara.
Kini mereka menetap di Chemor. Seorang daripada anak mereka menetap di Shah Alam.
Saya terus ajak depa mai rumah di Salak Tinggi. Kebetulan masa tu saya ada sekitar Bangi dan terus menjemput mereka.
Terima kasih kerana sudi jenguk kami di Salak. Walaupun depa lebih senior, tapi depa panggil Pak Lang kat saya kerana kebiasaan orang Kedah depa akan ikut pangkat berbanding umur.
Sabihah sekeluarga boleh dihubungi di :-
48, Jalan Putra 5C,
Taman Klebang Putra
Chemor
Perak.