Monday, 14 September 2009

KELUARGA ADIK NASIR

Satu-satunya adik lelaki saya, Md Nasir ketika menziarah saya di Salak Tinggi bersama keluarga dan mertuanya. Adik Nasir dan isteri adalah guru di Air Itam, Kedah. Adik Nasir pernah tingggal di Felda Selancar , Pahang semasa baru bertugas sebagai guru. Pada masa itu arwah emak dan bapa saya masih sihat dan bila mereka datang kerumah saya di Bangi, saya akan membawa mereka ke Selancar.
Masa itu sudah lama berlalu tetapi masih dan tetap hangat dalam ingatan.


KELUARGA ABANG DOLAH


Anak saya Umar, bergambar bersama keluarga Pak Long nya semasa majlis pentauliahan PELAPES abang sepupunya, Fazli di UKM Bangi.
Abang saya ini, Abdullah yang sulung seibu sebapa manakala abang kedua jika dikira termasuk keluarga isteri pertama arwah ayah. Mereka tinggal di Padang Cempedak, Tasik Gelugor, Seberang Prai, iaitu kampung asal keluarga sebelah bonda saya.